HOME
Mari kita kritik
SEKOLAH MALAYSIA

SEBUAH LAMAN UNTUK MENGKRITIK SEKOLAH MALAYSIA SECARA MEMBINA DEMI KEMAJUAN NEGARA
Tekan butang "Enter Record".

PERKARA: KELEMAHAN: CADANGAN:
SARANAN KE PADA SEK MEN BUKIT SENTOSA, RAWANG SELANGORCara pemberitahuan tentang sesuatu kutipan/sumbangan derma, aktiviti sekolah dan sebagainya mengundang kepada budaya kelentong dikalangan murid murid. Apa kah cukup dengan hanya melalui hebahan dikelas kelas sahaja.Adalah diharapkan agar pihak sekolah pada masa mendatang akan dapat mengeluarkan satu pemberitahuan secara bertulis kepada ibu bapa bagi tujuan sesuatu aktiviti tambahan DILUAR WAKTU SEKOLAH, sebarang derma atau sumbangan dan lain lain. Baru baru ini anak saya ada memberitahu yang cik gunya meminta dia untuk menyumbang ayam bagi hari pesta makanan pada July 28th 2002 nanti. Apakah tidak cukup menggerunkan, jika yang dimintanya itu bukan ayam tapi duit? dan kemudian dia menyalah gunakan duit tersebut untuk tujuan buruk bagaimana?.
Dan yang lain lain, diharap agar pihak sekolah tidak melibatkan unsur unsur atau program keterlibatan orang orang politik dalam apa jua aktiviti sekolah sesuai dengan arahan pihak kementerian. Orang ramai dah muak dengan kerenah orang politik terutamanya UMNO/BN. Ini bukan apa, bila ini terjadi sesuatu acara langsung tak jadi meriah.
more
Come on PIBG terutamanya Sek Keb/Men Bkt Beruntong/ SentosaKenapa mesti melibatkan unsur dan orang politik dalam aktiviti sekolah hatta selepas kursus intensif UPSR dikolej aman dsbnya.Harap perihatinlah dengan selera masyarakat. Cukuplah sekadar TV, surat khabar yang pelbagai hari hari menyogok untuk rakyat telan dengan bermacam macam sampai nak termuntah. Come onlah yang diatas PIBG tu, fikir fikirkanlah kalau rasanya nak dapat sambutan.
Dont jump to conclusion..this is pembangkang.
more
KUTIPAN DERMA MELALUI MURID-MURIDDI DAPATI KEBANYAKKAN SEKOLAH DI MALAYSIA MENGAMALKAN KUTIPAN DERMA UNTUK SUKAN TAHUNAN MAHUPUN JOGOTHON DAN SEBAGAINYA MELALUI MURID-MURID DAN ALASAN MASALAH KEWANGAN. PERKARA INI MENYEBABKAN MURID-MURID TERPAKSA KELUAR MENGEMIS DARI ORANGRAMAI TANPA MENUMPUKAN PERHATIAN DALAM PELAJARAN.SAYA HARAP KUTIPAN(MENGEMIS)DERMA HARUSLAH DIHAPUSKAN SERTA MERTA DAN KAMI IBUBAPA MENGHANTAR ANAK KESEKOLAH UNTUK BELAJAR DAN MENAMBAHKAN PENGETAHUAN.SILAKAN GUNAKAN KHIDMAT PIBG SEKOLAH UNTUK MELAKSANAKAN KUTIPAN DERMA. DAPATKAN DERMA DARI VIP DAN PENIAGA YANG TELAH BERJAYA.JAYAKAN SUKAN DENGAN APA YANG ADA DAN JUGA GUNAKAN PEMBERIAN SUBSIDI OLEH KERAJAAN DAN ELAKKAN ANAK KITA MENGEMIS SETIAP TAHUN.more
HUKUMAN MEROTAN PELAJARPelajar yang sering dikenakan hukuman rotan akan menjadi "kebal"(immune). Hukuman rotan akan menjadi bahan ketawa bagi kumpulan pelajar berkenaan.Kalau perlu memberi hukuman rotan, biarlah hukuman itu dilakukan seperti yang dilakukan di penjara. Sekali dirotan, pelajar berkenaan akan merasa kesakitannya selama beberapa bulan. Guru yang bertugas untuk merotan khusus untuk seorang guru sahaja yang telah dilatih khas untuk merotan. Walau bagaimanapun, hukuman rotan sedemikian hanya perlu dilakukan kepada mereka yang melakukan kesalahan amat berat seperti memukul guru, melawan guru, peras ugut dan lain-lain yang mengikut garis panduan KPM.more
setiap pejabat pendidikan daerah ada bahagian pengaduan guruTerdapat guru terasa teraniaya dengan sikap pilih kasih guru besar tetapi tiada tempat mengadu masalah. Jika mereka ke Pej.Pen. Daerah pun akan dipandang serong oleh Pegawai di Pejabat kerana mereka memang orang guru besar.Kalau nasib lebih buruk akan menjadi senarai hitam pejabat pula.Bukan semua Guru Besar menjalankan tugas dengan baik, biasalah manusia.Masalahnya mereka sentiasa dianggap betul bila sesuatu masalah dengan guru timbul.Saya memang menjadi mangsa herdikan guru besar hanya kerana bertanya mengenai cuti yang diberi secara percuma kepada guru lain selama sebulan kerana guru ini memang malas tapi pandai bodek.Saya bertanya disebabkan kulih pjj saya ditunda pada hari persekolahan sehari sahaja tetapi susah pula diberi kelepasan.Adakah Kementerian memberi hak kepada guru besar untuk memberi cuti sewenangnya tanpa mengikut prosedur, saya juga adalah bekas Pem. Tadbir Sekolah.Setiap Pejabat Pendidikan ada tempat mengadu secara sulit mengenai sikap guru besar dan menyiasat secara rahsia kesahihannya kerana ada ramai guru besar menyalahguna kuasa yang ada untuk mengaut keuntungan dari hasil jualan buku kerja atau lain-lain.more
tak begitu jugakkalau tak kutip duit, macam mana nak jalankan aktiviti sekolah, bodoh betul la siapa yang buat web site ni.
Dia jadi cikgu ke?????? kalau u berani cubalah jadi cikgu.
Bela nasib guru.. KPPK buat ap??? Goyang kaki aje keeee???
Kebajikan guru tak dijaga... Woiiiiii orang KPPK , jgn. nak dapat jawatan aje... tapi tak tahu buat kerja..
more
BELA NASIB GURUKenapa hantar guru ijazah kat sekolah rendah. Mereka ni berlagak aje. Bila suruh pegang jawatan.. langsung tak nak..tak tahulah.. Apa punya cikgu ijazah. Dapat gaji lebih banyak dari kami, tapi kami kerja teruk. Kepada guru-guru ijazah kat sekolah rendah jangan berlagak.
Woiii orang KPPK.... lua orang buat apa kat atas tu...
Elaun rumah RM 135.00 . Lu ingat sewa rumah cukup ke. Kalau kat bandar nak tinggal kat mana.
Bela nasib guru. Terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri kerana naikkan taraf sijil kepada Diploma. Kalau tak kita semua cikgu, naik motor ajelah.
Kenapa ada elaun untuk guru B.Inggeris. Habis guru-guru lain tak mengajar ke..
KPPK bukannya KPPK tetapi kesatuan penyagak . Lembap buat kerja. Apa yang u jaga untuk kebaikan guru-guru. Saya cabar, kalau tak pandai , lebih baik letak jawatan jeeeeee...Bangan betul orang KPPK
more
BELA NASIB GURUKenapa hantar guru ijazah kat sekolah rendah. Mereka ni berlagak aje. Bila suruh pegang jawatan.. langsung tak nak..tak tahulah.. Apa punya cikgu ijazah. Dapat gaji lebih banyak dari kami, tapi kami kerja teruk. Kepada guru-guru ijazah kat sekolah rendah jangan berlagak.
Woiii orang KPPK.... lua orang buat apa kat atas tu...
Elaun rumah RM 135.00 . Lu ingat sewa rumah cukup ke. Kalau kat bandar nak tinggal kat mana.
Bela nasib guru. Terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri kerana naikkan taraf sijil kepada Diploma. Kalau tak kita semua cikgu, naik motor ajelah.
Kenapa ada elaun untuk guru B.Inggeris. Habis guru-guru lain tak mengajar ke..
KPPK bukannya KPPK tetapi kesatuan penyagak . Lembap buat kerja. Apa yang u jaga untuk kebaikan guru-guru. Saya cabar, kalau tak pandai , lebih baik letak jawatan jeeeeee...Bangan betul orang KPPK
more
tahniah smk kidurongpelajar main-main sewaktu belajar, kurang menjaga kebersihan kelastahniah kerana smk kidurong mempunyai guru disiplin yang tegas, cuma perlu beri perhatian kepada pembersihan sekolah seperti gotong-royong supaya kawasan kantin dan padang tidak dipenuhi sampahmore
nasib baik ada guru yang tegaspelajar malas buat kerja rumah memang perkara biasa, pelajar berbuat bising dalam kelas juga perkara biasa, pelajar berani merokok lagilah perkara biasamujur ada guru yang tegas. SMK Kidurong sebenarnya bertuah kerana ada guru disiplin yang tegas dan penolong kanan yang prihatin dengan masalah murid. Malangnya sewaktu pengambilan report card, sambutan pelajar dan ibu bapa masih mengecewakan. Sampai ada pelajar dan ibu bapa langsung tak nak ambil tahu hal keputusan. Terima kasih kepada guru-guru SMK Kidurong kerana memberi kerjasama kepada guru sandaran. more
contohi smk kidurongsekolah lain main tengok saja borang permohonan jika ada penganggur yang ingin menjadi guru sandaran.contohilah smk kidurong kerana memberi peluang kepada penganggur menjadi guru sandaran. Malahan guru-guru tetap juga baik hati kerana sudi membantu guru sandaran sewaktu membuat kerja. Semoga SMK Kidurong terus maju walaupun sebilangan gurunya hanya bertaraf sandaran.
more
SMK Kidurong boleh majuTiada aliran agama. Contohi SMK Bintulu kerana ada aliran agama bagi memberi peluang kepada bekas pelajar S.K. Agama MIS Bintulu melanjutkan pelajaran di bidang agama.Semoga SMK Kidurong diberi peluang mewujudkan aliran agama selain dari aliran biasa. Kemudahan pelajar yang tinggal di Kidurong juga membolehkan mereka pergi ke sekolah berdekatan jika ada aliran agama. SMK Kidurong ada harapan menjadi sekolah kebanggaan rakyat BINTULU jika pelajar dan guru terus mengutamakan pendisiplinan diri, kepada guru disiplin dan penolong kanan, syabas!more
spot check di SMK KidurongPelajar ada kalanya mewarnakan rambut, berkuku panjang, buku latihan dicampuradukkan dengan mata pelajaran lain, masalah ponteng kelasGemar dan setuju dengan spot check yang sering diamalkan di SMK Kidurong. Ini bagus untuk pelajar supaya mereka prihatin dengan kebersihan diri. Guru disiplin dan penolong kanan jangan putus asa, teruskan ketegasan cikgu demi memajukan pelajar SMK Kidurong. kembalikan kegemilangan SMK Kidurong dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang juga.more
DISKRIMINASI KELAS BAGI TAHUN SATUKELAS TAHUN SATU TELAH DI KATOGERIKAN MISALNYA KELAS S1 MERUPAKAN KELAS TERBAIK DIIKUTI KELAS M1, M2, K1, K2, H1, H2 DSBNYA. BIASANYA KELAS TERAKHIR KURANG MENDAPAT TUMPUAN GURU MUNGKIN KERANA KEKURANGAN GURU ATAU MURIDNYA DIANGGAP KURANG CERDIK. AKIBATNYA KELAS INI TELAH KETINGGALAN JAUH DALAM PELAJARAN BERBANDING DENGAN KELAS LAIN. PERKARA YANG MENDUKACITAKAN IALAH MEREKA TELAH DINAFIKAN BUKU TEKS DAN TIDAK MENDAPAT BUKU KERJA YANG TELAH DIBAYAR KEPADA GURU DI HARI PERTAMA SEKOLAH. TIDAK DIKETAHUI SAMADA BELUM MULA DIAJAR ATAU CUBAAN MENYELEWENG. SILA SIASAT PERKARA INI. UNTUK MAKLUMAT SEKOLAH SILA RESPOND ADUAN INI MELALUI EMAIL INI.more
SEK.KEB.GONG DERMIN,K.BHARU.KELANTANANAK-ANAK DIDIK KAMU AMAT TERDEDAH KEPADA BAHAYA LALULINTAS SEMASA PERGI DAN BALIK SEKOLAH.JALAN BEGITU SIBUK WAKTU PAGI DAN PETANG.BAHU JALAN YG SEMPIT BOLEH MENDEDAHKAN MEREKA KPD KEMALANGAN.JGN SAMPAI KITA MENANGISI ATAS KEMALANGAN INI.BUATLAH LINTASAN ZEBRA DAN KAWALAN PEJALAN KAKI.DAPATKAN KERJASAMA ORG KG YG ADA TANAH DI SEKITAR SEKOLAH UNTUK MEMBUAT LALUAN PINTAS.ITU SEDEKAH AMAL JARIAH.SEMOGA PIHAK GURU DAN PIBG DAPAT SETTLEKAN MASALAH INI.INGATLAH!!!KAMU GURU-GURU DIBAYAR GAJI OLEH KAMI UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAK KAMI.more
pengetua kedekutkalau nak tahu pengetua sekolah menengah sains kuala terengganu adsalah seorang pengetua yang tidak berfikiran jauh dan sering mengeluarkan idea yang kolot.mana tidaknya guru2 nak guna mesin fotostat pun tak bag , katanya membazir.terpaksalah guru2 ni fotostat kat lain nagn duiot sendiri.buang jer pengetua ni amik yang lainmore
Guru Disiplin SMACH melampauAda ke patut..sorang guru disiplin (ZS)PIJAK BELAKANG kawan2 aku dan JEMUR kat hardstand.ini peristiwa 1992.walaupun dah lama,tapi masih segar dlm ingatan kami.lepas tu bawa kpd guru disiplin dan kawan2 ku kena bersumpah junjung al-quran.ini semua pasal nak tahu siapa suspek utama dlm satu kes.Tapi kami,berpegang pada prinsip"BIAR PECAH PERUT,JGN PECAH MULUT"!!!dlm perkara lain2...PENYEPAK,TERAJANG,PENAMPAR,ROTAN DAN PUMPING adalah cara penyeksaan yg dibuat oleh guru2 disiplin dan warden. HENTIKANLAH CARA PENYEKSAAN INI.JIKA GURU2 ITU MASIH MENGAMALKAN PERKARA KUNO INI.TERIMA KASIH KPD SEMUA GURU2 KAMI KERANA MENDIDIK KAMI.TERIMA KASIH ATAS PENDERAAN. more
HUKUMAN ROTANmore
PENGETUA PILIH KASIHAssalamualaikum..saya sebenarnya tidak suka mengkritik lebih-lebih lagi secara terbuka tetapi oleh kerana tertekan dengan keadaan sebigini memaksa saya meluah apa yang patut secara beradap.Saya ialah antara pelajar yang tidak berpuas hati dengan sikap bahagian pentadbiran disekolah saya.Sekolah saya adalah antara sekolah terbaik di negara ini[SBP].Sekolah elit katakan sehingga dijadikan showcase negara tetapi sebagai pelajar yang agak senior,saya sudah bersama dengan pengetua ini dari tingkatan 1 lagi dan masalah ini sudah lama terjadi,contohnya masalah pilih kasih atau lebih tepat diskriminasi dari segi darjat/pangkat.Hanya pelajar yang mempunyai ibubapa yang kaya atau berkedudukan diberi layanan first class berbanding pelajar lain.ADAKAH KAMI YANG MEMPUNYAI IBUBAPA YANG TIDAK BERPENDAPATAN TINGGI DIPANDANG HINA???TIDAK LAYAKKAH KAMI MENDAPAT LAYANAN YANG SETARAF DENGAN MEREKA.WHYWHY??????????contohnya ketika mengambil hadiah atau pingat dari pengetua hanya golongan yang kaya dan banyak sponsor sekolah sahaja dipeluk dan diucap taniah tetapi tiba giliran saya jangan diharapkan ucapan taniah senyumam mesra dibibir tak terpancar langsung..is it fair..if golongan itu mintak balik awal or balik lambat dari cuti pengetua tu bagi without asking or what tetapi bila we asked her..certainly she will answer tak boleh padahal mintak panjangkan 1 hari..lagi satu pasal kemasukan pelajar ke sekolah saya.Dari apa saya nampak sejak sekolah ini dipindah ke lokasi baru.kemasukan pelajar dari bandar melebihi pelajar luar bandar.BUKANKAH DASAR KERAJAAN LEBIH MENGUTAMAKAN PELAJAR DARI LUAR BANDAR???tidak layak ke mereka untuk mengunakan kemuadahan disekolah saya yang dianggap moden atau sekolah saya ialah sekolah elit..cuma satu saya tidak faham bagaimana kementerian boleh biarkan dia stay at this school lebih 5 years and then dahlah result jatuh,dari top5 ke top20 sepanjang pengetua itu bertugas disituApabila badge saya tidak perform dalam PMR.Mulalah nak salahkan kami 100% sedangkan pengetua itu pernah membaling buku ilmiah kami,diherdik sehingga kami tertekan.Nak periksa lak tu.saya rasa ada banyak benda lagi saya nak luahkan tetapi rasa esok tidak habis..wassalam Saya berharap sangatlah nasib kami terbela ..tolong bentuk ahli jawatankuasa untuk memantau sikap pilih kasih dikalangan pengetua lebih-lebih lagi di SPB dan MRSM kerana diasrama tiada siapa yang kami boleh menumpang kasih selaian guru-guru..makin lama makin luntur perasaan sayang pada sekolah dan minat untuk belajar..take it serious..more
hukuman merotan adalah tidak wajarhukuman merotan di kalangan pelajar terutama sekali secara terbuka amat memalukan pelajar terutama sekali apabila yang dirotan itu adalah pelajar wanita.ini kan mendorong mereka yang telah dirotan untuk menjadi lebih agresif dan berkemungkinan untuk melakukan kesalahna yang sama berulang kali dan mungkin lebih teruk lagi.laksanakan hukuman merotan secara tertutup dan pertimbangkan dahulu.Jika boleh letakkan dahulu pelajar ini di bawah pengawasa. guru.more
Pelajar dibuang sekolahSetelah mahkamah membebaskan 6 pelajar berkenaan, mengapa pengetua dan jawatankuasa pula membuangnya. apakah kuasa pengetua lebih besar daripada kuasa mahkamah?Setelah dibebaskan olih mahkamah ternyata mereka tidak bersalah.more
guru yang 'penat'more
Sikap guru yang membeza-bezakan kaummore
CIKGU BEREMOSI YANG LANGSUNG TAK LAYAK JADI CIKGUKEPADA SEBAHAGIAN BESAR CIKGU-CIKGU DI SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN JALAN DAVIDSON, KUALA LUMPUR YANG SUKA MELEPASKAN GERAM KE ATAS MURID-MURIDNYA.
==========================================================

APA SUDAH JADI DENGAN GURU-GURU YANG SELAMA INI DIANGGAP SEBAGAI SEORANG YANG PENYAYANG, PENUH KESABARAN DAN SENTIASA DIHORMATI ! SAYA SEBAGAI SEORANG AYAH KEPADA ANAK-ANAK SAYA YANG SEDANG BERSEKOLAH DI SRJ KEBANGSAAN JALAN DAVIDSON, KUALA LUMPUR SENTIASA MENERIMA ADUAN DARIPADA ANAK-ANAK SAYA TENTANG PERKARA-PERKARA SEPERTI BERIKUT:-

1. BEBERAPA ORANG CIKGU DI SEKOLAH TERSEBUT SUKA SANGAT
MEROTAN DAN MENDERA MURID-MURID YANG TIDAK MENYIAPKAN
KERJA SEKOLAH ATAU LEMAH DALAM PELAJARAN.

2. ADA BEBERAPA KALI RAMBUT MEREKA DIIKAT DAN DISEBABKAN
INI MEREKA MALU UNTUK KE KANTIN PADA WAKTU REHAT

3. KADANG-KADANG CIKGU MENGHENDAKI MEREKA MENYIAPKAN KERJA
SEKOLAH DAN TIDAK MEMBENARKAN MEREKA KELUAR KELAS
WALAUPUN PADA WAKTU REHAT. INI MENYEBABKAN MEREKA
MENGADU PERUT LAPAR DAN SAKIT PERUT DIPERCAYAI SAKIT
GASTRIK

4. BILA ADA MURID BUAT BISING ATAU BERSELISIH FAHAM, ANAK-
ANAK SAYA JUGA YANG DIPERSALAHKAN DAN DIROTAN/ DIDERA
TANPA MENYIASAT ASAL USULNYA

5. BILA ANAK-ANAK SAYA MENGADU SESUATU HAL SALAH LAKU
MURID LAIN, CIKGU-CIKGU LANGSUNG TIDAK NAK AMBIL TAHU

6. SUDAHLAH BEG BEG SEKOLAH MEREKA MEMANG SENTIASA BERAT,
CIKGU-CIKGU PULA MENYURUH MEREKA MEMBAWA BUKU-BUKU
MATA PELAJARAN YANG TIADA DALAM JADUAL WAKTU PADA HARI
TERSEBUT

7. RAMAI CIKGU YANG BERLAGAK SOMBONG. BIASANYA SEMASA
IBUBAPA LALU BERSELISIH DENGAN CIKGU CIKGU SEKOLAH INI
DAN CUBA BERTEGUR SAPA DENGAN CIKGU-CIKGU INI, MEREKA
LANGSUNG TAK NAK PANDANG TETAPI BILA SAMPAI MASA UNTUK
MEMINTA DERMA DAN SEBAGAINYA, TIBA-TIBA MEREKA MENJADI
PERAMAH PULA ?!

8. DISEBABKAN PERBUATAN MEREKA INI, ANAK-ANAK SAYA RASA
TAKUT HENDAK PERGI KE SEKOLAH KERANA TAKUT DIROTAN ATAU
DIDERA LAGI

SAYA MENGAKU MEMANG ANAK-ANAK YANG MASIH MENTAH INI LEMAH DALAM PELAJARAN DAN NAKAL. TETAPI SOALNYA, TIADA CARA LAIN KAH UNTUK MENDISPLINKAN MEREKA ? JIKA MEREKA TIADA PERASAAN KASIH SAYANG ATAU KESABARAN KEPADA MURID-MURID, BERHENTILAH JADI CIKGU KERANA BIDANG INI TIDAK SESUAI UNTUK MEREKA INI.




DIHARAP MEREKA YANG TERLIBAT ATAU TERASA, CUBA UBAH DAN PERBAIKILAH CARA-CARA MENDIDIK ANAK-ANAK MURID INI. TIDAK BAIKLAH KALAU IBUBAPA-IBUBAPA PERGI MENYERANG CIKGU-CIKGU DI SEKOLAH INI SUATU HARI NANTI DAN YANG MENJADI MANGSA IALAH MURID-MURID SEKOLAH YANG TIDAK BERDOSA. SAYA TAHU KEBANYAKAN CIKGU-CIKGU INI JUGA MEMPUNYAI ANAK DAN YANG LAIN, SUATU HARI NANTI JUGA AKAN MEMPUNYAI ANAK. CUBALAH JANGAN BERMEGAH DIRI. APA YANG KAMU BANGGA SANGAT DENGAN DIRI KAMU ?more
Penolong Kanan Hidup Segan Mati Tak MauPenolong Kanan yang sudah menjadi hidup segan mati tak mau kerana tidak sabar menunggu dinaikkan pangkat menjadi guru besar.Melayakkan penolong kanan memohon menjadi guru besar selepas 3 tahun berkhidmat sebagai penolong kanan untuk mengelakkan penolong kanan seperti itu terima ETK tetapi enggan menjalankan tugas-tugas seorang penolong kanan. more
diskriminasi terhadap kaum melayusalah laku pelajar di smk yong peng amat membimbangkan. malangnya tindakan tegas tidak mahu diambil malah dimerit hingga beratus2 dan menyusahkan pelajar lain yang handak belajar. tindakan tegas diambil dan pelajar perlu diberi amaran dan jika salah laku amat membimbangkan dan menyusahkan. pelajar patut dibuang sekolah atau daerah seperti di negeri lain.more
Sekolah Menengah Victoria - SEKOLAH SUKAN1. Terlalu mementingkan aktiviti sukan/ Luar daripada
pelajaran - Hari-hari ada aktiviti sukan/ luar tetapi
Kerja sekolah ( Home Work )- TIADA

2. Bermacam-macam aktiviti luar/ sukan setiap petang -
Kebanyakannya tidak kelihatan ada guru bersama mereka.
Tahukah akibatnya sekiranya berlaku apa-apa perkara yang
tidak diingini ?

3. Banyak aktiviti luar/ sukan sebelah petang tetapi awal-
awal lagi kantin sekolah telah tutup balik rumah. Adakah
pelajar-pelajar tidak perlu makan pada sebelah petang ? - Kalau pengusaha kantin tu malas/ tak minat, ramai lagi
menunggu nak ambil alih perniagaannya !


Bacalah dengan teliti kelemahan-kelemahan tersebut dan
pihak yang berkenaan yang bijaksana pasti tahu
bagaiamana hendak mengatasinya.
more
more
Terlalu banyak aktiviti Sukan(SMK Pandan Indah)1)Sekolah ini terlalu banyak sangat aktiviti sukannya...Kebanyakkan guru yang sepatutnya mengajar mengambil kesempatan untuk rehat sambil berborak dibilik guru..Sebagai pelajar disini seminggu hanyalah beberapa matapelajaran sahaja yang dipelajari kami.

2)Pelajar ponteng sekolah yang telah diambil tindakan dan dalam pemerhatian guru displin terlalu diberi muka sehingga mereka tidak takut sekiranya dibuang sekolah sekali lagi kerana tahu akan diterima semula..

3)Terlalu banyak kutipan derma yang melampau dan bayar daripada macam-macam aktiviti terlalu banyak dan tinggi sekolah nielah yang paling banyak kutip duit setahu saya.

4)Pelajar merokok bersepah sehinggakan ada yang merokok disurau sekolah langsung tak diendahkan.Para guru langsung takde inisetif untuk meronda cuma berjalan kelas ke kelas sahaja.
1)Kurangkan segala derma.Yuran pun terlalu tinggi bayarannya.

2)Kerapkan rondaan ke tempat-tempat yang stategik bagi perokok sekolah ini.

3)Tubuhkan satu kelas pemulihan pelajar bagi setiap aliran.Untuk mereka tidak mengganggu pelajar yang betul-betul ingin belajar tanpa gangguan.

4)Tubuhkan satu guru displin untuk memerhati guru yang selalu ambil kesempatan berborak diBilik Guru tanpa masuk ke kelas dengan hanya alasan 1 masa sahaja.

Saya puji 100% pengetua sekolah ini kerana sentiasa ingin memajukan sekolahnya tetapi diantara itu ada guru yang mengambil kesempatan diatas sikap pengetua yang cuba untuk memajukan sekolahnya dengan lebih banyak berehat dari mengajar.Inikah guru zaman sekarang...???
more
Ponteng SekolahBanyak murid selalu ponteng sekolah dan melepak di shopping complex.Membuat teknik pelajaran di luar sekolah.more
cikgu yang Pilih Kasih terhadap pelajarcikgu beri markah penulisan yang lebih kepada pelajar yang dia suka sahaja,sedangkan cara menulis adalah sama sahaja.harap cikgu jangan terlalu PILIH KASIH kerana, semua pelajar yang diajarnya adalah manusia juga.Lepas itu, harap cikgu jangan terlalu PILIH pelajar yang tidak sama agama dengannya.more
abcdefghijklmnopqrstuvwsyzno commonno no no no more
Guru ganti bersaudara dengan pentadbir sekolahKeadaan tersebut akan menyebabkan pandangan serong masyarakat kepada pentadbir sekolah dan hilang rasa keyakinan terhadap sekolah. Contoh ini mungkin lebih tepat untuk guru ganti yang menggantikan guru bersalin.1.Sekolah perlu mengemukakan sekurang-kurangnya tiga orang calon guru ganti kepada PPD. Pencalonan ini boleh dibuat sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum guru berkenaan dijangka bersalin. Andaian ini dibuat berdasarkan adakalanya wanita bersalin semasa usia kandungannya 7 bulan.

2.PPD perlu meneliti calon-calon tersebut dan membuat keputusan tanpa terpengaruh dengan kepentingan peribadi dan kepentingan pihak tertentu di sekolah berkenaan.
more
Guru Penolong Kanan lemah IT (ICT)Kebanyakan kerja termasuk yang agak senang terpaksa dibuat atau dibantu oleh guru penolong. Contohnya hanya untuk menaip nama pelajar mengikut kawasan tempat tinggal mereka. Keadaan ini menyebabkan masa guru penolong terpaksa diagihkan untuk proses P&P dan melayan GPK-GPK berkenaan. Yang lebih parah lagi dari awal tahun hingga pertengahan tahun, kemahiran berkomputernya masih di takuk lama. Sedangkan mereka ini ada yang pernah memegang ketiga-tiga jawatan GPK(pengakuan mereka sendiri).1.Pengetua, GB dan GKP yang hendak dilantik mestilah mempunyai kemahiran asas komputer atau paling tidak, hantar mereka berkursus komputer dan pastikan mereka layak menerima sijil asas komputer apabila mereka balik ke sekolah.

2.Janganlah pengetua,GB dan GPK yang hendak dicalonkan itu semata-mata kerana 'servisnya' yang sudah telah lama. Akhirnya yang menjadi mangsa ialah guru-guru dan murid-murid. Adakah pihak yang bertanggungjawab mememilih mereka tidak berasa bersalah terhadap generasi akan datang.
more
Pertukaran Guru Menggunakan 'Kabel'1.Guru yang sepatutnya layak bertukar menjadi mangsa kerana guru yang menggunakan 'kabel' diberi keutamaan(bukan semua tetapi segelintir).1.Senarai nama pertukaran guru-guru hendaklah dipaparkan di laman web Kementerian Pelajaran supaya memudahkan guru-guru yang berkenaan menyemak status pertukaran mereka.Kaedah ini mungkin dapat mengurangkan karenah birokrasi seperti menggunakan 'kabel' baru diluluskan pertukaran guru berkenaan(bukan semua tetapi segelintir)
).Anggaplah ini sebagai teguran membina. Jangan pula cepat melenting. Muhasabahlah diri. Ingatlah pada Allah setiap kali membuat sesuatu keputusan.

2.Saya menyokong PM yang memperkenalkan Islam Hadari. Semoga semua masyarakat Malaysia akan lebih bertanggungjawab termasuklah kakitangan di Kementerian Pendidikan.
more
smk pandan indahbetul, sekolah ini terlalu sangat mementingkan sukan.. padahal x terer2 pon...
pelajaran pon bukannyer terer sangat...
ade cikgu yg amik berat tapi ramai yg wat x endah jerk...
kot2 ini care sek utk maju kot.. thahla...
pengetua memang bagus.. itu memang disokong...
pastu yuran mahal lak tu...
sume nak kene bayar..
tapi pengurusan x elok langsung...
kelas bwh2 cikgu x selalu masuk.. kelas a baru ade.. tupon cikgu kekadang jerk ade.. rasenye cikgu pikir budak dah pandai watpe nak masuk lai.. kotnyerla..
watle yg rase elok utk dibuatmore
SMK PANDAN INDAH Pasal terlalu menitik beratkan sukan, sampai pelajar-pelajarnya pun tidak tahu menggunakan Bahasa Malaysia yang betul ! - Tengoklah Bahasa Malaysia yang digunakan - Bahasa apa itu ? - BETUL-BETUL MENCEMARKAN BAHASA MALAYSIA KITA !Lain kali janganlah mencemarkan Bahasa Malaysia kita !more
pengantar bahasa inggeris bagi mata pelajaran SN dan MTkelemahan pelajar Melayu ialah gagal menguasai BI dengan baik, bukannya di dalam mata pelajaran SN dan MT.Pertanyaan di sini, kenapa lemah di dalam BI kita mengganggu gugat mata pelajaran yang lain pula. Kini kesannya umpama tikus memperbaiki labu,dari satu mata pelajaran yang lemah telah menjadi tiga mata pelajaran, BI,SN dan MT.Apa nak jadi nasib bangsaku. martabatkan kembali BM sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran SN dan MT dan perkukuhkan mata pelajaran BI dengan kaedah-kaedah yang berkesan. Jika UiTM boleh, kenapa tidak digunakan kaedah tersebut.more
guru asyik sibuk dengan kerja mereka sendiriguru saya kat masa belajar tidak masuk kelas untuk memberi pengajaran.. kadang-kadang kata petang ada kelas tambahan, tidak berapa lama kemudian, cikgu pula mengumumkan kelas petang ni dibatalkan. latihan yang saya hantar, cikgu tanda secara tutup mata, kadang-kadang tak pulangkan buku latihan saya. rasa macam bazir masa kat sekolah ini.....cikgu sepatutnya memberi kasih sayang, dorongan kepada kita. Bukan kata yang negatif seperti balik rumah sajalah...henti belajar..dsb. Dan juga cikgu harus mempunyai masa yang lebih supaya dapat bergaul, memahami, menolong kita. So kita tidaklah sampai tak tentu arah, rasa khuatir tentang peperiksaan, masa hadapan....more
GURU LANJUT PENGAJIAN DI UNIVERSITI KENA GASAKPengetua OK, penolong kanan pulak kaki cucuk & cemburu kalau ada guru lebih pandai daripada dia. Apa dia buat, bagi kerja menimbun sampai bini aku mengeluh. Jadi Guru tingkatan, penyelaraslah, reliefkan geng-geng pengetua yang ponteng (aktif politik). kalau bini aku ambil MC, pengetua punyalah maki, tapi geng dia yang angkat MC tak kena pulak!
Bila mohon biasiswa kementerian untuk sambung belajar (cuti tanpa gaji), awal-awal dah kena torture! Tapi bila dah berjaya sambung masuk U ambil master (guna duit sendiri. Tanpa cuti), siaplah. Dia bagi kerja kat bini aku sampaikan ngalahkan kerja PM pulak. Habis hujung minggu pun kena pi tanam pokok kat sekolah, macam-macam ada! Lebih sedih, bila time promote kenaikkan, bini aku yang dah senior kat sekolah tu tengok aje junior dia yang dapat, dia pulak terus jalankan kerja donkey sekolah.
Mana boleh jadi nak simpan pentadbir sekolah macam ni lama-lama. Nazir bebas, separuh bebas dan nazir mestilah selalu jengok ke sekolah politik terhebat kat Selangor ni. Sebab, setiap kali nazir nak datang, setiap kali itulah pengetua tu cemas. Macam ada apa-apa yang disorokkan daripafa pengetahuan Nazir, sampai sanggup pasang spy! Spy dia terdiri daripada kerani seoklah hingga kepada tukang sapu.
more
malas nak citerrasanya tak ada benda yang nak dikritik {tak baik la korang nak kritik sekolah orang macamla sekolah korang tue baik sangat ...ada dapat anugerah sekolah terbaik ker?kalau tak tak payahla nak kritik sekolah orang lain ......sedar lah anda ...bahawasanya segala aper yang anda perkatakan kepada orang lain dan menyebabkan seseorang itu sakit hati dengan anda maka berdasa lan anda ...............same jer........................dengan yang atasmore
bagaimana cara untuk jadi guru sandarantak de pun diiklan kan keluarkanlah iklan bagaimana cara nak applymore
Borang Perrindahan Guru Dalam Daerah Hanya Rekaan PPD1. Saya amat tidak berpuas hati dengan borang perpindahan dalam daerah yang dikeluarkan oleh pihak PPD. Saya beranggapan guru yang mengisi borang itu 2 kali setiap tahun bagaikan menyimpan mimpi-mimpi indah untuk mengajar di sekolah yang berhampiran dengan rumah kediaman masing-masing.
2. Di dalam perkeliling yang telah dikeluarkan ada menyatakan guru yang telah berkhidmat selama lebih 3 tahun layak untuk memohon berpindah, nyata sekali permohonan itu bagaikan tidak dihiraukan oleh pihak PPD.PPD lebih berminat untuk menukarkan "kawan atau kenalan" yang telah lama atau baru dikenali ke sekolah yang berdekatan dengan rumah kediaman "kawan atau Kenalan" walaupun baru 1 atau 2 tahun atau 6 bulan sahaja berkhidmat di sekolah yang telah ditetapkan. Ini amat mengecewakan saya dan rakan-rakan yang sama-sama berjuang di tengah jalan raya, Setiap hari mengharungi kesesakan dan kemalangan yang sentiasa berlaku di depan mata.
3. Mungkin inilah nasib kami yang tidak pandai menggunakan "ayat power" untuk melembutkan hati si EN Pen PPD Hulu Langat dan pihak pentadbir sekolah.
4. Setiap borang akan disokong perpindahannya tetapi disertai dengan ayat yang tersurat disebaliknya oleh pihak pentadbir sekolah.
1. Saya berharap pihak PPD boleh mengeluarkan pekeliling baru tentang ciri-ciri guru yang layak dan tidak layak dipindahkan berhampiran dengan tempat kediaman mereka.
2. Pihak pentadbir sekolah pula sekiranya nak sokong perpindahan seorang janganlah mengelirukan ayat yang digunakan. Ini seolah-olah menaniaya orang dalam diam.
more
S>M>K PANDAN INDAH SO SUXguru sangat miang sebab ada 1 guru telah mencabuli perempuan di sekolahguru itu sepaptutunya dipenjarakan tapi dia hanya dihentikan pekerjaan .ini memang tak moral tindakanan nyamore
guru besar sk gopeng jalan ilmukebajikan guru tidak di jaga
prasarana sekolah yang daif
menyimpan harta kegunaan guru seperti LCD, laptop, laserjet printer dll
duit sekolah melambak setakat ini RM20,000 masih berbaki
makmal komputer masih tidak digunakan dengan alasan yang tidak konkrit.
harap dapat kiranya pihak ppd kinta atau jpn turun padang memantau apa yang sedang berlaku terutamanya kepada guru-guru petang yang kebanyakannya adalah guru ETEms.more
smk victoriatiada kelemahan boleh dikata sekolah terbaik di malaysiaperbanyakkan aktiviti petang more
KritikSelepas mengkritik sekolah, apa yang telah Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing buat? Adakah mereka membuat sebarang penyiasatan atau tindakan susulan yang memperbaiki keadaan? Bukankah lebih sedap pegawai-pegawai yang ada duduk sahaja di pejabat baca buku untuk lulus PTK (SSM) ataupun dahulunya duduk pejabat mengampu bos(SSB).Apa cadangan pun tak guna.
1. Bagaimana hendak mencadangkan kepada mereka dari Timbalan Menteri Pendidikan,Pengarah, Pengetua, Guru Beasr hinggalah pekebun sekolah yang bertanggungjawab untuk menjalankan tugas masing-masing?
2. Bagaimana hendak mencadangkan kepada mereka yang mereka dibayar gaji untuk bekerja?
3. Bagaimana hendak mencadangkan kepada mereka jangan tunggu TV3 untuk membongkar kelemahan?
4. Bagaimana mencadangkan kepada mereka tidak perlu PM atau Menteri yang memberi kata dua barulah bekerja?
5. Bagaiamana hendak mencadangkan kepada mereka dan kawan mereka kalau mereka dan keluarga mereka tidak menjalankan tanggungjawab perlu juga diambil tindakan?
6. Bagaimana hendak mencadangkan Nazir periksa juga Pengarah, Penolong Pengarah, Pegawai-Pegawai Pendidikan, Pengetua dan buat teguran berani jika tidak menjalankan tugas?
7. Bagaimana hendak mencadangkan kepada mereka yang mereka perlu jalan tugas di sekolah atau pejabat bukan main golf di siang hari dan berkaraoke di waktu malam?
8. Kesimpulan: Kririk tetapi tiada tindakan sehinggalah tergadah baru mengelabah.
more
INTAKE OF STPM AND METRICULATION STUDENTSREGARDING STUDENTS WHO HAD PASS PTS AND SKIP STD. 4 AND PERLALIHAN ,WHEN THEY HAD A GOOD RESULTS IN SPM YET THEY ARE UNABLE TO BE ACCEPTED TO GET A SEAT IN THE STPM CLASS . THEY NEED TO APPLY AND APPEAL TO THE MINISTRY OD EDUCATION. DON'T YOU THINK WE ARE TRYING TO KILL THE TALENT OF THESE CLEVER YOUNG GUYS. PTS IS THE SYSTEM INTRODUCE BY MINISTRY OF EDUCATION AND BY RIGHT THEY SHOULD TAKE MORE CARE ON THESE GROUP OF PUPILS YET IT SEEMS TOO MANY CONSTRAINS ARE
PRESSED ON THE KIDS. I HEARD{NOT CFM}, SOME OF THEM CANN'T EVEV APPLY TEMPORARY TEACHER'S JOB AS THEIR AGE IS BELOW 18.
PLEASE SAVE OUR KIDS BY PUTTING THE INTAKE STANDARD RIGHT. THE ARE ABLE TO BE ACCEPTED WITHOUT ANY APPEALING.more
INTAKE OF STPM AND METRICULATION STUDENTSREGARDING STUDENTS WHO HAD PASS PTS AND SKIP STD. 4 AND PERLALIHAN ,WHEN THEY HAD A GOOD RESULTS IN SPM YET THEY ARE UNABLE TO BE ACCEPTED TO GET A SEAT IN THE STPM CLASS . THEY NEED TO APPLY AND APPEAL TO THE MINISTRY OD EDUCATION. DON'T YOU THINK WE ARE TRYING TO KILL THE TALENT OF THESE CLEVER YOUNG GUYS. PTS IS THE SYSTEM INTRODUCE BY MINISTRY OF EDUCATION AND BY RIGHT THEY SHOULD TAKE MORE CARE ON THESE GROUP OF PUPILS YET IT SEEMS TOO MANY CONSTRAINS ARE
PRESSED ON THE KIDS. I HEARD{NOT CFM}, SOME OF THEM CANN'T EVEV APPLY TEMPORARY TEACHER'S JOB AS THEIR AGE IS BELOW 18. PLEASE SAVE OUR KIDS BY PUTTING THE INTAKE STANDARD RIGHT. THE ARE ABLE TO BE ACCEPTED WITHOUT ANY APPEALING.
PLEASE SAVE OUR KIDS BY PUTTING THE INTAKE STANDARD RIGHT. THE ARE ABLE TO BE ACCEPTED WITHOUT ANY APPEALING.
more
pengetua yang tidak adil membuat pertimbanganterdapat pengetua yang membuat bantahan kepada kementerian
jika tidak setuju dengan calun staff yang hendak ditempatkan di sekolah tersebut dan pihak berkenaan boleh batalkan calun staff tersebut ke sekolah itu semata-mata
kerana bantahan pengetua sehingga menyusahkan calun staff tersebut.
harap pihak kementerian tidak hanya melayan pengetua sahaja
dan mengenepikan hak staff.adakah pengetua boleh dan ada kuasa untuk mengambil staff yang disukai sahaja.adakah sekolah tersebut hak peribadi pengetua dan semacam miliknya
sendiri.kalau begitu tak payahlah isi borang permohonan
nak tukar ke sekolah mana,suruh saja pengetua yang pilih siapa yang beliau sukauntuk jadi staffnya.
more
Database service by YourWebApps.com