type="text/javascript">
type="text/javascript"
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
type="text/javascript">
Sun Nov 4, 2007 4:11 AM
KomenNUTP perlu bersedia dan fokos terhadap permasalahan sekiranya benar akan menemui pegawai PTD JPA nanti. Perlu diingat JPA mempunyai alasan yang cukup kuat setelah memberi HKG. Ketegasan dari NUTP sangat-sangat dituntut. Yakinlah isu ini sememangnya melibatkan ramai guru dan bukannya kecil. Keputusannya nanti akan memberi kesan yang besar. Jangan mengharapkan JPA memberi layanan baik. Keyakinan dan harapan ahli kepada NUTP amat tinggi, setelah tiada lagi saluran lain kini.
PenulisSiti
Sun Nov 4, 2007 3:23 AM
Komenwalau macamana pun guru kebiasaannya tidak merungut akan beban tugas walaupun berlebihan tapi perlu diberikan layanan yang berhemah sama seperti penjawat awam yang lain. Selesaikan isu ketidakadilan dalam skim perkhidmatan. Kaji kerasionalan tuntutan NUTP beri pertimbangan dan tindakan yang sewajarnya kerana bilangan kami ramai...
PenulisGuru simpati
Sun Nov 4, 2007 3:15 AM
KomenSeorang PTD pernah berkata apabila dinaikkan pangkat kerja akan menjadi lebih mudah kerana hanya perlu memberi arahan kepada orang bawahannya. (bukan saya berkata)
Tapi, bandingkan dengan guru sebaik dapat surat kenaikan pangkat time based pentadbir dah mengingatkan beban tugas yang bertambah dengan alasan DG lebih tinggi.Keadaan ini ketara terutama di sekolah yang tak ramai DG44.
PenulisGuru simpati
Sun Nov 4, 2007 3:08 AM
Komensemoga berjaya kepada sahabat DGA29 yang berkursus 14 minggu, semoga cemerlang dan layak kursus lanjutan 3 tahun nanti sehingga dapat ijazah. Anda sememangnya bertuah kerana kenaikan gaji lebih tinggi tapi tunggu dapat DGA32 dulu dan lulus PTK.Lepas tu dapat pula 1 HKG.
PenulisGuru simpati
Sat Nov 3, 2007 9:44 PM
KomenKalau betul-betul mereka ini bijak, tak perlulah bincang lama hal ini sampai dua bulan tinggal di hotel dengan makan minum tidur semua free dengan hasilnya berak dan juga satu HKG bagi semua guru yang ditindas dengan kecam.
Tolonglah cendekiawan luar negeri itu, jangan berlagak sombong bodoh di depan guru guru anda. Jangan biadap dengan guru guru anda. Segala ilmu itu akan ditarik balik satu hari nanti.
PenulisGuru Nik Aziz
Sat Nov 3, 2007 9:08 PM
KomenDasar caca-marba yang menunjukkan kebodohan pemimpin yang meluluskan serta pak turut PTD-JPA yang kononnya bijak pandai dan cendekiawan terbilang lulusan luar negeri
Apa nak jadi dengan sistem di Malaysia, runsing aku
Penulistulun
Sat Nov 3, 2007 7:02 PM
KomenTerima Kasih Guru Simpati untuk info yang diberi.Kita nampak bahawa banyak sangat perkara di Malaysia di tentukan oleh nasib dan bukan oleh kebolehan.Diharap Pihak pembuat dasar membuka mata mereka dan memperbetulkan kelemahan-kelemahan tersebut.Akhir sekali di harap guru guru janganlah menghentam cuepacs dan Nutp kerana isu ini.Permohonan gaji baru ini bukan punca sebenar anomali gaji yang wujud tetapi kaedah penetapan gaji permulaan guru sambung belajar dan guru naik pangkat yang berdasarkan gaji terdekat.Permohonan Cuepacs sebenarnya telah mendedahkan kelemahan yang telah lama wujud.Antara alasan Jpa untuk tidak melayan permohonan kita ialah perkhidmatan lain juga diberi layanan yang sama.Cuba fikirkan PTD yang naik DG44 dalam tempoh 3 tahun dan pegawai pertanian pula selepas 5 tahun nak baiki apa lagi.
PenulisDC41
Sat Nov 3, 2007 1:05 PM
KomenNUTP : Penerangan mengenai Pekeliling Perkhidmatan Bil 20 Tahun 2007:
Semua guru yang berada di DG41 layak menerima Hadiah Kenaikan Gaji manakala kumpulan guru DG44 dan DG48 tidak layak.NUTP sedang berunding dengan JPA/KPM untuk penambaikkan Pekeliling ini .
http://www.nutp.org/malay/index.html
Penulismee
Sat Nov 3, 2007 11:39 AM
KomenLAMAN PENDIDIK...SESUAI UNTUK KITA SEMUA
http://www.geocities.com/pendidikmy/
PenulisMAT GIANT
Sat Nov 3, 2007 6:29 AM
KomenSetakat ini, semua yang masuk forum ini memilih Barisan Alternatif, Ini menunjukkan Guru Guru Sambung Belajar begitu tidak puas hati, Harap Pemuda UMNO MIC MCA dapat mengambil tindakan yang sepatutnya.
Sebanyak 2608 telah dijalankan, didapati sebanyak 2605 mengundi Barisan Altenatif, 3 undi kepada barisan nasional itu sebenarnya di buang oleh saya web master sendiri.
Guru Dg2941 memang kasihan dan tidak diberi keadilan yang sepatutnya dari segi gaji. Kelayakan Akademik itu dianggap macam tidak bermakna.
Sekiranya masalah ini masih tidak boleh diselesaikan maka kita perlu mengadakan satu piket secara besar-besaran pada satu hari tertentu dimana guru guru ambil cuti rehat khas dan rehat di rumah secara serentak satu Malaysia.
Sekarang kita sedang tunggu apa penjelasan Jabatan Putar Alam kepada NUTP.
PenulisGuru Senior
Sat Nov 3, 2007 2:53 AM
Komenencik2 dan puan2
tuntutan penyelarasan yang dibuat baru2..adalah mengikut citarasa Omar bin Osman..pihak NUTP sukar beri cadangan kerana cuepacs diwakili oleh kebanyakannya non graduet ..maknanya lepasan srp . spm dan stpm...kebanyakan pemimpin ini tidak pikir langsung nasib orang2 bawah yang berijazah..mungkin ini masanya mereka nak balas...pucuk dicita ulam mendatang...pihak yang meluluskan tunggu apa lagi..cuepacs cuma minta kenaikan 20 persen...untuk yang berijazah...JPA lulus 15 persen..bagi kumpulan sokongan minta 35/30 ..JPA lulus 25 persen..itu sebab tak hasil..
omar osman dan rakan2 lembaga pengarah cuepacs...cuba awak pikir...apa dah jadi..buah cempedak dah jadi asam jawa dan asam paya..semuanya masam..aduh masam
tok pekasam
Penulisabc...
Fri Nov 2, 2007 11:18 PM
KomenJPA officiers are "sadistic' (NOT ALL) semakin "MENDERA DAN MENYIKSA'perasaan guru-guru yang sudah lama sambung belajar semakin rasa hebat kerana bangga menunjukkan keganasannya menggunakan kuasa mutlak yang ada pada mereka. Ketua Pengarah JPA perlu prihatin tentang perkara ini.
Penulismrs educator
Fri Nov 2, 2007 11:09 PM
KomenJPA-You pAY peaNuts,You GeT MonKEYS.
PenulisMan Siam
Fri Nov 2, 2007 9:40 PM
KomenSaya betulkan balik tulisan saya,
Dalam kita meneruskan perjuangan mendapatkan hak kita sebagai
guru siswazah, saya nasihatkan semua guru berusaha keras dalam PTK. Siapa tahu NASIB kita akan baik untuk berada dalam jumlah lebih kurang 6% guru yang boleh diberi kelulusan 4,4 . Hanya ini saja cara untuk kita menambah kenaikan dalam gaji kita.Jangan ambil lewa PTK.
Untuk pengetahuan semua, memang terdapat kuota bagi pemberian kelulusan kepada guru siswazah. Ini dimaklumkan sendiri oleh Pegawai KPM bahagian sumber manusia secara off record setelah diserang dengan pelbagai soalan dari kami ketika satu taklimat PTK. Dengan contoh sekiranya terdapat 100000 guru siswazah yang mengambil PTK , Hanya kira2 6 % sahaja( 6000) yang akan diberi kelulusan penuh. Walaupun seandainya 20000 yang mendapat kelulusan 100%, hanya 6000 sahaja akan diberi kelulusan penuh.Selebihnya dapat 3 sahaja. Kelulusan 4,4 terletak pada nasib. Belum tentu jika kita dapat jawab 100% kita akan dapat 4. Alasan yang diberi ialah kerana kerajaan tidak mampu bayar.Berbeza dengan cara pengiraan bagi guru bukan siswazah .
Diakhir taklimat, pegawai tersebut kata jangan marahkan dia sebab bukan dia yang buat undang-ungang macam tu.
PenulisGuru simpati
Fri Nov 2, 2007 9:35 PM
KomenPak Lah sudah tidak boleh kawal keadaan di Malaysia, sampai Polis gaduh pun tidak boleh campur tangan.
PenulisGuru Muda Selangor
Fri Nov 2, 2007 7:10 PM
Komen Namun kejutan demi kejutan diterima jika masalah gaji yang menjadi sandaran. Kejutan pertama yang diterima ialah apabila gaji permulaan DG41 yang ditawarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) adalah lebih rendah berbanding jika mereka meneruskan khidmat dalam skim lama. Sebagai contoh seorang guru yang semasa mula melanjutkan pelajaran berada pada skim DGA29 P2T9 dengan gaji pokok RM1631.56 akan meningkat ke RM1794.91 tiga tahun kemudian, iaitu tempoh untuk mendapatkan ijazah. Gaji permulaan yang ditawarkan jika ia berjaya meningkat ke DG41 ialah P1T4 hanya RM1710.60.
Baru-baru ini pula pihak kementerian telah mengumumkan kenaikkan pangkat secara 'time-based' kepada guru-guru DGA29 yang telah berkhidmat 10 tahun dan ke atas ke gred DGA32. Gaji permulaan yang ditawarkan untuk gred DGA32 P1T1 ialah RM1932.85 tetapi oleh kerana kenaikkan ini telah dikebelakangkan ke tahun 2005 maka gaji mereka berada pada tahap P1T3 RM2090.15. Manakala guru siswazah tadi berada pada P1T6 dengan gaji pokok sebanyak RM1867.90. Bayangkan perasaan guru tersebut yang telah berada hampir 17 tahun dalam perkhidmatan pelajaran dan komited meningkatkan pencapaian diri tetapi pengiktirafan dari segi gaji berada di bawah mereka yang berkelulusan SPM.
Keadaan menjadi semakin parah apabila Perdana Menteri mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam pada Mei lalu. Berdasarkan kenaikkan 25% berasaskan gaji pokok semasa yang dinikmati golongan DGA32 P1T3 akan mendapat lonjakan ke RM2612.68 manakala golongan guru siswazah tua hanya mendapat RM2148.10 (P1T6). Selain hilang kekananan golongan ini juga hilang maruah diri kerana sering diejek kerana membuat keputusan yang salah untuk menyambung pelajaran. Hasrat untuk meningkatkan taraf hidup pun hanya indah khabar dari rupa kerana pendapatan berkurang tetapi hutang bertambah setidak-tidaknya untuk membayar semula pinjaman PTPTN.
Tujuan utama pendedahan ini bukanlah kerana cemburu dan iri hati, jauh sekali untuk menarik diri atau meninggalkan bidang pendidikan ini. Apa yang kami golongan guru siswazah tua luahkan di sini ialah untuk memohon pembelaan yang sewajarnya dari pihak yang bertanggung jawab. Semoga dengan tersiarnya keluhan ini mentari esok hari akan membawa sama khabar gembira untuk kami golongan guru siswazah tua yang tidak jemu meningkatkan diri untuk menambah ilmu pengetahuan. Terima kasih.
Guru Lama
Kuala Lumpur
PenulisMAT JEPUN
Fri Nov 2, 2007 11:33 AM
KomenBagaimana nak dapat 4,4 bila keputusan di manipulasi.Setiap sekolah hanya ada 1 atau 2 orang yang dapat 4,4 setiap kali keputusan di umumkan.
Penulisdc41
Fri Nov 2, 2007 10:40 AM
KomenKhas buat semua guru-guru ,
Dalam kita meneruskan perjuangan mendapatkan hak kita sebagai
guru siswazah, saya nasihatkan semua guru berusaha keras dalam mendapat kelulusan 4,4 dalam PTK. Hanya ini saja cara untuk kita menambah kenaikan dalam gaji kita.Jangan ambil lewa PTK.
PenulisGuru simpati
Fri Nov 2, 2007 10:34 AM
KomenDituju pada PTD Rembau,
Boleh kami tahu apa yang PTD JPA buat untuk memuaskan hati kami guru-guru? Yang banyak tu dekat mana tu ?
Berdasarkan kepada permasalahan yang timbul sekarang ini dan penyelesaian yang dirumus oleh JPA, saya rasa sudah sampai masanya berlaku perubahan dalam pentadbiran JPA.Pemilihan pegawai JPA haruslah mengambil kira tahap kemahiran mereka dalam Matematik. Apa yang berlaku menunjukkan pegawai-pegawai JPA selain dari tidak mahir dalam matematik , mereka juga lulusan universiti kelas tiga.
Sudah sampai masanya berlaku peralihan pentadbiran dalam JPA kerana pentadbiran yang sedia ada gagal menangani masalah guru-guru sejak sekian lama.
PenulisGuru simpati
Fri Nov 2, 2007 10:04 AM
Komen
CUBALAH BERUSAHA TAMBAH DUIT DENGAN CARA YANG HALAL..MUNGKIN CIKGU2 BOLEH SENANG..CONTAKTU OH MENJUAL BAG , KASUT KAIN DLL.WAKTU TERLUANG ATAU CUTI..DAPAT UNTUNG LEBIH
PenulisPTD..KUNING
Fri Nov 2, 2007 9:00 AM
KomenSetakat ini, Pilihan Raya Maya yang dijalankan, seramai 1700 pengundi, 1697 telah mengundi Barisan Alternatif, 3 mengundi Barisan Nasional.
Ini menunjukkan rata rata Guru Sambung belajar tidak Puas hati dengan keputusan JPA baru-baru ini.
Diharap JPA dan PTD dapat mengambil ambil tentang gaji guru yang tidak adil ini.
PenulisGuru Senior
Fri Nov 2, 2007 8:00 AM
KomenPTD DI JPA TELAH BANYAK MEMBANTU GURU2..JADI APA LAGI YANG TAK CUKUP
PenulisPTD..REMBAU
Fri Nov 2, 2007 2:36 AM
Komentak setuju boleh cari duit lain...ok mesti patuh arahan JPA
Penulissatu tak cukup
Thu Nov 1, 2007 10:56 AM
Komen
MUNGKIN KENA JUMPA PERDANA MENTERI SEPERTI WANITA YANG MEMBERI BUNGA KEPADANYA DI ATAS PENTAS.
JUMPA PAK LAH DI ATAS PENTAS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
DI MANA DIA SEDANG BERUCAP !!!!!!!!!!!!!!!!!
DIA MANA DIA BERUCAP ESOK? BERIKAN MEMORANDON TU KEPADANYA. SEBELUM INI MUNGKING TAK SAMPAI SEBAB KENA MELALUI BERAPA 'PERINGKAT' SEBELUM SAMPAI KEPADANYA? KENA LEPAS BERAPA SETIAUSAHA / PEMBANTU PERIBADI? MUNGKIN TAK SAMPAI LANGSUNG.
JUMPA PAK DOLLAH ATAS PENTAS DENGAN JEANNE.
BERIKAN MOMORANDOM TU KEPADANYA, KE TANGANNYA, BARU DIKATAKAN SAMPAI.
PenulisLEE
Thu Nov 1, 2007 10:48 AM
Komen
Memorandum NUTP kepada Pak Lah:- Antaranya ialah
1. Tempoh perkhidmatan skim bukan siswazah diambilkira untuk timebased DG 41.Tangga gaji PPP dilanjutkan untuk membolehkan mereka menerima kenaikan gaji hingga umur 55 tahun.
************ NEGATIF
2. Peratus kenaikan gaji 20% hingga 25%******** NEGATIF
3. Kaji semula struktur gaji DG 41 dan DG 44 ***** NEGATIF
4. Urusan kenaikan pangkat ke time-based atau hakiki (DG 32,34,44,48) tempoh menunggu dipendekkan dari 10 tahun ke 5 tahun perkhidmatan
*************** NEGATIF
5. Skim gaji siswazah mengambilkira tempoh perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai guru bukan siswazah. Satu kenaikan gaji bagi setiap tiga tahun perkhidmatan sebelum ke universiti, tertakluk kepada syarat tidak melebihi lima kenaikan.
***************** NEGATIF MALAH HANYA DIBERI 1 HKG SAHAJA?????????????
KPM, JPA LAYAN KE KITA, PERNAH DENGAR KELUHAN KITA KE????????????????????????????????????????????????
PenulisHEE
Thu Nov 1, 2007 9:35 AM
KomenBerbincang sekarang....... Mintak sekarang 5% lagi , HKG lagi...Mintak.... Pilihan raya tidak lama lagi.. masih boleh mintak. MINTAK SAMPAI DAPAT SEBELUM PILIHAN RAYA.
lEPAS PILIHAN RAYA , DEPA TAKAN PANDANG LAGI.
MINTAK SEBELUM PILIHAN RAYA....... AYUH MINTAK.
Penulis mee
Thu Nov 1, 2007 3:58 AM
Komentuan2 guru2 yang dikasihi
semua keluh kesah kita telah sampai ke kemuncak...aku yakin pasti akan berlaku perkara2 yang tak kita duga pada masa akan datang...harap tidak memberatkan kita semua guru2..buat masa kini..tuan2 diminta dengarlah nasihat guru senior , guru tuan muda dan guru simpati..mereka orang lama dan berjawatan dalam NUTP...hormatilah mereka seperti mana kita hormatkan orang2 yang berjuang untuk keadilan...kita guru2 semangat 2941..dengan izin Allah Taala..kalau kita bersabar , rajin berdoa , atau sembahyang hajat..minta diperkenankan agar tuntutan kita berjaya dan puas hati..orang JPA dan KPM sekarang sedang senyum melihat guru2 hilang sabar..marah kerana tuntutan tak dilayan dengan wajar..tak apalah..kita yakin..rezeki milik Allah Taala..bukan milik mereka..hari ini mereka tergamak menahan rezeki kita..entah2 esok..atau akan datang nasib mereka lebih teruk lagi..tak apalah..biasanya yang berdengki..tak disukai Allah Taala. sebagai MUSLIM..anda diminta berusaha dan kemudian harapan kita hanyalah kepada Allah ..Aku puji siakap anda yang cukup gigih belajar walaupun usia lanjut...semata-mata nak berjaya untuk mendapat segulung ijazah...hari ini kita semua melihat..usaha penatlelah guru2 dg2941, 2932 ,2934..tak dihargai langsung oleh mereka yang telah diamanahkan...apa sudah jadi...wal hasil balik asal..ijazah yang kita dapat tidak rugi..kerana ada ijazah bermakna ilmu kita tinggi..tahniah aku ucapkan..selamat berjaya ..maju jaya..didiklah murid2 dengan hati yang ikhlas...lebih baik rezeki itu datang dari Allah ...kalaulah kita mengharap rezeki itu datang daripada JPA dan KPM ...hukumnya...sendiri boleh jawab..kerana makhluk tiada kuasa untuk memberikan apa2 rezeki kepada kita..Firaun yang kaya dan Qarun yang kaya akhirnya hancur lebur..mati tidak beriman kepada Allah..jadi kita semua hendaklah kuat berusaha..dan akhir sekali berserah kepada Allah...ingat doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan oleh Allah..tanpa hijab..bermakna secara langsung dengan Allah...ini yang kita takut...kepada orang yang diamanahkan..buatlah sesuatu dengan berpegang kepada landasan yang betul...
Penulisabdullah salam
Thu Nov 1, 2007 2:52 AM
KomenMalaysia adalah negara demokrasi tetapi mengamalkan prinsip diktator dimana tunjuk perasaan secara ramai-ramai adalah langsung tidak dibenarkan. Kamu ingat sini adalah Korea atau Taiwan ke ? Mogok boleh dilakukan secara aman dan besar-besaran.
Pak Lah sendiri pun tidak boleh menghukum menteri menteri yang terlibat dengan penyelewengan kuasa dan rasuah.
Negara kita memerlukan dua Barisan iaitu Barisan Nasional dan Barisan Alternatif. Barulah kuasa politik tidak disalahgunakan .
Kerajaan sekarang sudah terlampau besar kuasanya, sebab kuasanya sudah melebihi Perlembagaan dan Makamah.
PenulisGuru Nik Aziz
Thu Nov 1, 2007 1:31 AM
Komenapa kata NUTP.... guru-guru buat perhimpunan besar-besaran cuti sekolah ni ke....
biar jpa tu tahu kumpulan kakitangan yang terbesar ini udah mengamuk..............
AWASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS JPAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
KPMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
Penulisguru kecewa
Wed Oct 31, 2007 10:31 PM
KomenJPA YTELAH MENGHINA GURU. KITA BUKAN MINTA SEDEKAH TAPI KEADILAN. KALAU MACAM NI BUAT KEPUTUSAN TAK PAYAH LAH BEBBULAN-BULAN KITA MENUNGGU. MEREKA LIHAT GURU NI LEMBUT SANGAT JADI MEREKA TAK TAKUT. OLEH ITU KITA PERLU BERSUARA SECARA LANTANG (MEMORANDUM) ATAU HALUS (PILIHAN RAYA).
PenulisGURU KAKE.