Perkara
Salah faham tu cikgu.....
Kelemahan
Tuan/puan pembaca blog sekalian...

Jangan salah faham tentang KUP dan Hakiki ni. KUP dalam perkhidmatan guru berbeza dengan KUP perkhidmatan skim lain. KUPnya terbahagi kepada 2, pertama seseorang PPPS itu memegang jawatan lebih tinggi dari grednya (time-based) contoh bodynya 44 tetapi memegang jawatan gred hakiki 52. Dia belum masuk zon 48/52 tetapi ketua jabatan nak dia pegang jawatan tu maka boleh dibuat perakuan sebagai KUP DG52 dengan tidak dibayar elaun DG52. Maka untuk dapat elaun/gaji 52 dia kena tunggulah bila masuk zon nanti (10tahun dari 41-44,10 tahun 44-48,dan lulus TK4 untuk gred 52) barulah dia dapat keistimewaan DG52 tu. Satu jenis lagi kenaikan pangkat guru adalah secara time-based dengan tidak memegang apa2 jawatan bermula gred 41 sehingga 48 sahaja dan JPA istilahkannya sebagai DG44/48(KUP) iaitu bodynya hakiki gred 44/48 walaupun dia tidak menjawat apa2 jawatan dan apabila pencen,pencennya adalah gred yang disandang terakhir tu lah sama ada 44 atau 48.Namun untuk gred 52 ke atas kenaikan pangkatnya dengan mengisi kekosongan jawatan sahaja bukan automatik time-based spt 41-48 maka ia mesti lulus PTK 4 dan mereka2 ini adalah yang terpilih tak semua dapat.

Kalau perkhidmatan lain mereka takde KUP time-based tetapi KUP mereka adalah mengisi jawatan lebih tinggi dengan status belum lulus PTK. Contoh dia gred 41 menjawat jawatan gred 44 secara KUP sebab belum lulus PTK. Jika dah lulus dia boleh terus memangku (dengan dibayar elaun gaji 44) sekurang2 enam bulan kemudian baru boleh disahkan dalam jawatan gred 44. Dan KUP dia tadi tidak dibayar apa2. Kalau dia pencen pun pencen dengan 41. Specialnya KUP ni dia boleh melangkau banyak gred..contoh ada pegawai tertinggi di KPM mula2 dia dilantik dulu bodynya DG52 memangku DG54 KUP JUSA C KUP JUSA B...sekarang dia DG54 memangku JUSA C KUP JUSA B..bila cukup pemangkuan 6 bulan di JUSA C maka jadi JUSA C memangku JUSA B..6 bulan lagi barulah dia dapat JUSA B hakiki..itulah saya kata tadi selected person sahaja. Itu semua kuasa Menteri atau KPPM.
Cadangan
Nama (Jika Perlu)
Database service by YourWebApps.com